Sabtu, 31 Mei 2008

'PROGRAM KEMASYARAKATAN 14 April - 19 April 2008

SEBUAH CATATAN RINGKAS

Daripada: deel cruz aidil31mei@yahoo.com.my
Kepada: nadi komuniti@yahoo.com
Dihantar: Khamis, 24 April , 2008 6:50:30Subjek: Surat dari aidil

Pada 14hb april hingga 19hb april yang lalu, saya telah mengikuti satu program dakwah kerjasama diantara pelajar UIAM dan pihak YAPIK.bertempat di Kg. Silad,Ranau dan penduduk yang terlibat lebih dari seratus orang.Mahasiswa yang terlibat seramai 5 orang diiringi oleh Ustazah Rosnani.

Antara program yang telah dijalankan termasuklah kelas fardhu ain yang telah dibahagikan kepada tiga iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.selain itu juga setiap hari akan diadakan solat berjemaah disurau pada waktu maghrib dan isya'.Imam adalah dari kalangan pelajar UIAM.Selain itu terdapat juga tazkirah selepas sembahyang maghrib oleh pelajar UIAM.Pada hari jumaat dan sabtu pula para mahasiswa dan penduduk kampung bergotong-royong membesihkan kawasan surau dan membaiki jambatan.

Program dakwah ini ada keunikannya yang tersendiri yang mana para mahasiswa didedahkan dengan cara hidup masyarakat setempat. Selain menginap di rumah keluarga angkat, para mahasiswa juga akan didedahkan dengan masakan masyarakat setempat seperti linopot dan tuhau.Para mahasiswa juga diajar cara untuk memotong kelapa.Pada hari selasa kami telah diajar bagaimanakah cara penduduk tempatan menuai padi.Pada hari rabu kami telah melawat ladang cili putih kepunyaan ketua kampung. Kami bukan sahaja diajar bagaimana cili dipetik tetapi mengenal tumbuhan lain.Pada hari khamis kami telah dibawa melawat ladang teh.Disana kami telah diajar bagaimana proses penghasilan teh.Pada hari yang sama juga kami telah dibawa ke Kg Luanti,yang mana ikan-ikan yang dipelihara amat jinak dan suka mendampingi manusia.Mereka menggunakan sistem Tagal iaitu ikan yang dipelihara hanya ditangkap setahun sekali.

Program ini memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat bahkan juga kepada para mahasiswa. Selain daripada memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang keadaan sebenar masyarakat di negeri Sabah ia juga dapat membina peribadi seorang mahasiswa.Mahasiswa dapat melatih keyakinan diri selain melatih mereka untuk lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Ini jauh berbeza dengan kehidupan seharian mahasiswa yang mana lebih kepada menelaah buku saemata-mata.

Harapan saya agar program seperti ini akan diteruskan. Sesungguhnya program ini telah memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak.

Tiada ulasan:

permata timur

salam perjuangan
untuk kalian
tinta ini hadir
mungkin pada saat yang tidak bertepatan
tapi, tinta ini membawa khabaran
buat kita yang berusaha
berada terus di landasan

saat kita melihat keindahan
saat kita merenung hebatnya ciptaan
saat kita berusaha memulih keadaan
namun, kadang kita terlepas pandang
di sana terdapat kewajipan yang belum di tunaikan

di sana serba kedhaifan
dalam kepayahan
mereka menggali, mencari
nur keTUHANan, mengharap ihsan
dalam mecari ketenangan

teman, di sini medan kita
di sana juga medan kita
apakah kita lupa?agamaNya untuk kita semua
tapi di mana kita?
saat saudara seAGAMA
memanggil-manggil, mengharap bantuan kita
dalam usaha mencari agama
walau hanya secebis doa.....

sampaikan tangan kita ke sana
jangan biar mereka gundah gelana
mana tahu? di timur sana
ada permata Agama......???

Bantuan anda di alu-alukan....

'Sampaikan daripadaku walau 1 ayat....' - MARI KITA MEMBANTU.....