Khamis, 6 Mac 2008

Memilih apabila ada 2 persimpangan


MEMILIH APABILA ADA 2 PERSIMPANGAN

Menjelang pilihanraya yang ke-12 ini, umat Islam selalunya akan menghadapi beberapa dilema yang disebabkan oleh kekurangan info, ilmu dan kefahaman. Antara kekurangan kefahaman tersebut ialah:




  • Adakah menyertai pilihanraya cara barat ini syariiy?

  • Telah jelas ada unsur penipuan dan ketidak adilan dalam PR, jadi apa ertinya gerakan Islam menyertai pilihanraya?

  • Apakah hukum mengundi dan memberi baiah (janji setia) kepada kepimpinan Islam?

  • Apakah hukum mengundi non-muslim yang keduanya bukan Islam tetapi satu pihak bersama kita memerangi kezaliman manakala satu lagi bersama golongan yang zalim?


Kesemua soalan ini bukan hanya berlegar di minda masyarakat kampung, malahan yang bergelar ustaz-ustaz juga 'blur' dalam menentukan prioritas (awlawiyyat) mereka.



Saya sarankan anda membaca




  • Fiqh Ad Daulah ( Fiqh Negara Islam)

  • Fiqh Al Awlawiyyat ( Fiqh keutamaan)


Keduanya dikarang oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Bahan-bahan ini agak berat tetapi pengekstrakkan dalilnya begitu teliti dan adil. Jika anda tiada asas ulum Quran dan bahasa Arab, dapatkan bantuan daripada yang faham.



(syukran ila : http://pentaskajibuku.blogspot.com/ )

permata timur

salam perjuangan
untuk kalian
tinta ini hadir
mungkin pada saat yang tidak bertepatan
tapi, tinta ini membawa khabaran
buat kita yang berusaha
berada terus di landasan

saat kita melihat keindahan
saat kita merenung hebatnya ciptaan
saat kita berusaha memulih keadaan
namun, kadang kita terlepas pandang
di sana terdapat kewajipan yang belum di tunaikan

di sana serba kedhaifan
dalam kepayahan
mereka menggali, mencari
nur keTUHANan, mengharap ihsan
dalam mecari ketenangan

teman, di sini medan kita
di sana juga medan kita
apakah kita lupa?agamaNya untuk kita semua
tapi di mana kita?
saat saudara seAGAMA
memanggil-manggil, mengharap bantuan kita
dalam usaha mencari agama
walau hanya secebis doa.....

sampaikan tangan kita ke sana
jangan biar mereka gundah gelana
mana tahu? di timur sana
ada permata Agama......???

Bantuan anda di alu-alukan....

'Sampaikan daripadaku walau 1 ayat....' - MARI KITA MEMBANTU.....