Sabtu, 31 Mei 2008

JADUAL PROGRAM SAFARI DAKWAH (24 Mei - 3 Julai 2008)

1) DAKWAH ZON PANTAI BARAT MASYARAKAT SULUK DAN MUALAF

2) BENGKEL KURSUS ANAK-ANAK MUALAF DAERAH TUARAN

(3). 31/5/08 (1 hari) – IBUBAPA DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

- kursus ini anjuran pibg SK. Paris, Kinabatangan. Sandakan
- segala kos kursus ditanggung oleh penganjur
- kos pendakwah adalah atas tanggungan sendiri (tiket kapalterbang, kenderaan dan tempat tinggal).
- makan minum pendakwah disediakan.



(4). 1/jun - 7/jun 2008 (7 HARI)
PROGRAM LATIHAN KADER DAKWAH MAHASISWA/I PUSAT PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KHUSUSNYA BERASAL DARI SABAH.
Program ini melibatkan 3 elemen utama iaitu pendakwah sebagai pelatih/mentor, peserta sebagai pendakwah dan masyarakat sebagai gelanggang dakwah.

Pengenalan:

- Sabah memerlukan lebih ramai pendakwah yang berilmu dan berpegalaman. Oleh itu usaha memberi kesedaran kepada generasi muda ini perlu segera dilakukan agar mereka tersedia dengan sedar dan penuh tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai daie dimana pun mereka berada, jawatan apapun yang mereka sandang dimasa hadapan yang akan mereka tempuhi dalam setahun dua lagi setelah menamatkan zaman sebagai “pelajar” dan tugas DAIE adalah tugas setiap individu selagi mereka hayat dikandung badan.

Matlamat :
- Melahirkan DAIE teknokrat yang berwawasan dan penuh keinsafan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Objektif :
- Meningkatkan kefahaman terhadap ilmu islam
- Meningkatkan keazaman dan kesdaran untuk membaiki diri, keluarga dan masyarakat.
- Dapat menterjemahkan ilmu akademi mahupun agama yang dipelajari selama ini dalam konteks kehidupan islam yang sebenarnya seperti yang dituntut oleh allah swt dan Rasulullah saw.
- Merapatkan mahasiswa/I dengan masyarakat yang akan mereka pertanggungjawabkan dimasa hadapan
- Menambah pengalaman hidup dengan terjun secara langsung dalam lapangan masyarakat sebenar.

KOS :
- Segala kos diri ditanggung oleh pendakwah sendiri.
- Segala kos kursus adalah inisiatif pendakwah untuk menguruskannya.
- Tambang pengangkutan peserta kursus ditanggung oleh peserta bagaimanapun untuk menggalakkan peserta dapat mengikuti program ini tanpa alasan kewangan maka penganjur bertanggungjawab meringankan bebanan kerana mereka masih bergantung dengan ibubapa atau ptptn mereka.



(5) 10/jun – 20/jun 2008
Operasi dakwah di pantai Timur Sabah (Kinabatangan, Kuamut, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau)

- Menerobos tempat-tempat terpencil dari lapangan dakwah.
- Membuka jaringan-jaringan dakwah yang baru.
- Menguatkan hubungan kerjasama dengan masyarakat setempat agar mereka mempunyai alternatif untuk menambah khazanah ilmu dan membenteras kejahilan umat.
- Program dakwah ini juga akan menelusuri penduduk yang 100% islam di pulau-pulau kawasan pantai timur
- Jadual terperinci akan dilampirkan.
- Pendakwah 4 orang sahaja

KOS dan Kemudahan:
- Segala kos adalah tanggungjawab pendakwah
- Kenderaan MYVI hanya ada sebuah.




(6) 22/jun – 23/jun 2008
Kursus khas untuk pendakwah suluk (ustaz, guru dan perancang dakwah)
- Peserta 10 orang sahaja
- Tempat kg. lukub, Sepanggar
- Peserta tersedia


(7) 25/jun – 1julai
Program latihan kader dakwah mahasiswa/I pusat pengajian Tinggi (PROLAKAD)

Sama seperti program keempat.

Tentatif PROGRAM KEMASYARAKATAN BERSAMA PELAJAR UIAM (14-19 April 2008)

April 14, 2008 (isnin)
0900 – peserta berkumpul di Masjid Bandaran kota Kinabalu, Sabah.
1000 – bertolak ke kampung silad Ranau.
1300 – tiba di ampung silad, ranau
1500 – penerangan ringkas daripada ketua kampung mengenai keadaan kampung.
1600 – solat ‘Asr
1630 – pembahagian keluarga angkat kepada para peserta.
1800 – solat maghrib / tazkirah / solat isya’.
2000 – sesi suai kenal / Ta’aruf bersama penduduk kampung.
2200 – Post- mortem untuk aktiviti yang dijalankan sepanjang hari.

April 15, 2008 (selasa)
0500 – solat Subuh
0700 – aktiviti kemasyarakatan: menuai padi
0830 – kelas Fardhu ‘ain dan latihan dalam kumpulan (LDK 1)
1000 – diskusi ringkas bersama penyelaas program.
1400 – kelas Fardhu ‘Ain dan LDK 2
1700 – solat ‘Asr
1800 – solat Maghrib / Tazkirah / solat Isya’
2000 – LDK 3
2200 – Post-mortem bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang hari.

April 16, 2008 (rabu)
0500 – Solat Subuh
0630 – Aktiviti Kemasyarakatan bersama Ketua Kampung, Pn Sabiah.
0845 – LDK 4 dan Kelas Fardhu ‘Ain
1000 – Diskusi bersama Penyelaras Program– Hjh Rosnani
1430 – Kelas Tajwid
1630 – Solat ‘Asr
1800 – Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isya’ Prayer
2000 – Kelas Fardhu ‘Ain
2200 – Bersurai dan Post-Mortem bagi Aktiviti yang dijalankan sepanjang hari.

April 17, 2008 (Khamis)
0500 – Solat Subuh
0700 – Lawatan ke Sabah Tea dan Kg. Luangit Bersama-Sama Pengerusi JKK
1400 – LDK 5
1800 – Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isya’
2000 – LDK 6 dan Pembentukan Ahli Jawatankuasa Surau.
2200 – Makan malam bersama Pengerusi Jkk - En.Jumian

April 18, 2008 (Jumaat)
0500 – Solat Subuh
0700 – Gotong-Royong bersama Penduduk Kampung
1200 – Solat Jumaat
1500 – Persediaan Majlis Penutupan
1800 – Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isya’ / Special Slot bersama Saudara Nazri dan Saudara Rosdi (Aktivis Dakwah)
2100 – Makn Malam dan Majlis Penutupan
2300 – Special Slot Bersama Remaja Dan Masyarakat Dewasa Kg. Silad

April 19, 2008 (Sabtu)
0500 – Solat Subuh
0700 – Gotong-Royong bersama Penduduk Kampung.
1400 – Sesi Bergambar bersama Keluarga Angkat.
1500 – Sayonara Kg. Silad!!! Sehingga berjumpa Lagi…Insya’allah

'PROGRAM KEMASYARAKATAN 14 April - 19 April 2008

SEBUAH CATATAN RINGKAS

Daripada: deel cruz aidil31mei@yahoo.com.my
Kepada: nadi komuniti@yahoo.com
Dihantar: Khamis, 24 April , 2008 6:50:30Subjek: Surat dari aidil

Pada 14hb april hingga 19hb april yang lalu, saya telah mengikuti satu program dakwah kerjasama diantara pelajar UIAM dan pihak YAPIK.bertempat di Kg. Silad,Ranau dan penduduk yang terlibat lebih dari seratus orang.Mahasiswa yang terlibat seramai 5 orang diiringi oleh Ustazah Rosnani.

Antara program yang telah dijalankan termasuklah kelas fardhu ain yang telah dibahagikan kepada tiga iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.selain itu juga setiap hari akan diadakan solat berjemaah disurau pada waktu maghrib dan isya'.Imam adalah dari kalangan pelajar UIAM.Selain itu terdapat juga tazkirah selepas sembahyang maghrib oleh pelajar UIAM.Pada hari jumaat dan sabtu pula para mahasiswa dan penduduk kampung bergotong-royong membesihkan kawasan surau dan membaiki jambatan.

Program dakwah ini ada keunikannya yang tersendiri yang mana para mahasiswa didedahkan dengan cara hidup masyarakat setempat. Selain menginap di rumah keluarga angkat, para mahasiswa juga akan didedahkan dengan masakan masyarakat setempat seperti linopot dan tuhau.Para mahasiswa juga diajar cara untuk memotong kelapa.Pada hari selasa kami telah diajar bagaimanakah cara penduduk tempatan menuai padi.Pada hari rabu kami telah melawat ladang cili putih kepunyaan ketua kampung. Kami bukan sahaja diajar bagaimana cili dipetik tetapi mengenal tumbuhan lain.Pada hari khamis kami telah dibawa melawat ladang teh.Disana kami telah diajar bagaimana proses penghasilan teh.Pada hari yang sama juga kami telah dibawa ke Kg Luanti,yang mana ikan-ikan yang dipelihara amat jinak dan suka mendampingi manusia.Mereka menggunakan sistem Tagal iaitu ikan yang dipelihara hanya ditangkap setahun sekali.

Program ini memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat bahkan juga kepada para mahasiswa. Selain daripada memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang keadaan sebenar masyarakat di negeri Sabah ia juga dapat membina peribadi seorang mahasiswa.Mahasiswa dapat melatih keyakinan diri selain melatih mereka untuk lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Ini jauh berbeza dengan kehidupan seharian mahasiswa yang mana lebih kepada menelaah buku saemata-mata.

Harapan saya agar program seperti ini akan diteruskan. Sesungguhnya program ini telah memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak.

permata timur

salam perjuangan
untuk kalian
tinta ini hadir
mungkin pada saat yang tidak bertepatan
tapi, tinta ini membawa khabaran
buat kita yang berusaha
berada terus di landasan

saat kita melihat keindahan
saat kita merenung hebatnya ciptaan
saat kita berusaha memulih keadaan
namun, kadang kita terlepas pandang
di sana terdapat kewajipan yang belum di tunaikan

di sana serba kedhaifan
dalam kepayahan
mereka menggali, mencari
nur keTUHANan, mengharap ihsan
dalam mecari ketenangan

teman, di sini medan kita
di sana juga medan kita
apakah kita lupa?agamaNya untuk kita semua
tapi di mana kita?
saat saudara seAGAMA
memanggil-manggil, mengharap bantuan kita
dalam usaha mencari agama
walau hanya secebis doa.....

sampaikan tangan kita ke sana
jangan biar mereka gundah gelana
mana tahu? di timur sana
ada permata Agama......???

Bantuan anda di alu-alukan....

'Sampaikan daripadaku walau 1 ayat....' - MARI KITA MEMBANTU.....