Rabu, 30 Januari 2008

Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran As Syatibiyah.....bersama kita membantu....


<<<----- PENGERUSI
Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran As Syatibiyah
Ust Mohd Hanzalah Al-Hafiz
(Sarjana Tahfiz Wal Qiraat, Univ. Al Azhar, Mesir)



P
enubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah,adalah bertepatan dengan kehendak masyarakat islam masa kini yang memerlukan satu generasi al-quran wal Sunnah yang benar-benar faham tentang dua pusaka warisan agung yang Rasulullah s.a..w tinggalkan untuk umatnya agar beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.


Rasulullah s.a..w pernah bersabda :

تركت فيكم ما ان تمسكتم بهما

لن تضلوا من بعد ى أبد ا ،

كتاب الله وسنتى ،

(Riwayat Muslim)

Ertinya: “Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah (al-quran ) dan sunnahku ( hadis-hadis baginda )”

Oleh yang demikian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah cuba mengetengahkan sistem ini melalui talaqi,tahsin,musafahah dengan guru seperti mana yang dilakukan oleh para Masyaikh di Universiti Al-Azhar kepada para pelajarnya.Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah menyeru kepada semua masyarakat agar sama-sama berkongsi ilmu,yang mengaji kena mengajar dan yang tak mengaji kena tambah ilmu,semoga dengan cara ini kita akan kenal siapa pencipta kita.

Antara matlamat dan objektif penubuhan Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini ialah:-

>>> Melahirkan generasi al-Quran yang cintakan kalam Ilahi, menghafaznya,memahaminya, mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.

>>> Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah-sunnah nabi dan beramal dengannya.


>>> Melahirkan satu keluarga muslim yang sebenar yang mana anak-anak kasih dan hormat kepada kedua ibu-bapa.

>>>Melahirkan satu generasi islam yang berilmu ,beriman,beramal,bertakwa,berpenghayatan dan berjiwa dua’at (penyebar).

>>> Melahirkan kader-kader dua’at yang terlatih dan terdidik.


>>> Melahirkan insan yang kamil lagi mutakammil di bawah naungan al-Quran al sunnah.



PROGRAM LAIN DI BAWAH KELOLAAN PUSAT TAHFIZ INI :

1. Kelas tahfiz Al-Quran

2. Kelas Kemahiran membaca Al-Quran dengan bertajwid.

3. Kelas bimbingan fardu ain.

4. Motivasi penghafazan Al-Quran untuk pelajar tahfiz.

5. Penghafazan hadis-hadis Fadhilat amal dan Masa’il.


SISTEM PENGAJIAN

1. Sistem talaqi

2. Sistem musafahah

3. Bersanad

4. Tahsin

5. Dauron kitab-kitab hadis.


PENUTUP

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Syatibiyah berhasrat ingin mengajak masyarakat islam khususnya di Sabah bersama melahirkan generasi Al-Quran al sunnah yang berilmu, beriman, beramal, bertakwa, berpenghayatan dan menjadi seorang da’ie ilallah.

Dengan adanya sistem yang diperkenalkan oleh Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah seperti talaqqi, musyafahah dengan guru, bersanad dan dapat membantu melahirkan satu generasi yang memahami kandungan kitabullah dan sunnah Rasullullah s.a.w.

Harapan kami semoga ilmu yang dituntut di tahfiz ini dapatlah diterjemahkan di dalam kehidupan seharian sebagai individu muslim supaya mendapat keredhaan Allah S.W.T serta rahmatnya di dunia dan di akhirat.

Pihak pengurusan Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah amat mengharapkan sumbangan dari pihak-pihak yang berkenaan khasnya golongan korporat Islam, Dato, Datin dan kaum muslimin –muslimat yang dermawan agar sudilah membantu baik yang berbentuk zakat wang,peralatan sekolah dan sebagainya kerana pusat pengajian ini tidak ada sumber kewangan yang kukuh.

Semoga sumbangan kaum muslimin dan muslimat diberi ganjaran oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

PERTANYAAN & PENGURUSAN SUMBANGAN, SILA HUBUNGI :
1) Sdr Azman Abdullah : 012-3356397
2) Pn Rosnani bt Untol @ Monica : 019-8126615


Isnin, 28 Januari 2008

Jadual Program (27 Januari - 8 Februari 2008)

Penceramah : Ustaz Abdul Halim Abbas & Sdr Ghulam Hassan Al Hafiz


Tarikh

(Date)

Tempat

(Place)

Masa / Tajuk

(Time / Title)

27 Jan

Ahad

Zohor / Masjid Al-HidayahSek 18,S.Alam

Kuliah Zohor / Tingkatan Nafsu

28 Jan

Isnin

Maghrib / Masjid al-Hidayah,Sek 18.S.Alam

Kuliah Maghrib

29 Jan

Selasa

Maghrib / Masjid At-Taqwa, Kepala Batas,P.Pinang

Kuliah Maghrib /

30 Jan

Rabu

Maghrib/ Masjid Nurul Hidayah,Pandan Dalam,KL

Kuliah Maghrib /

31 Jan

Khamis

Maghrib / Masjid Bukit Jelutong

Kuliah Maghrib /

1 Feb

Jumaat

Maghrib / Surau MalikuSoleh,Kg.Melayu Subang Tambahan, Selangor.

Kuliah Maghrib

2 Feb

Sabtu

Maghrib / Kuarters Sk Tropicana, Bandar Utama,Pj, Selangor.

Kuliah Maghrib /

3 Feb

Ahad

Dhuha / Dewan Putra,Kg.Delek kanan,Klang Selangor

Forum Perdana /

3 Feb

Ahad

Maghrib / Surau Tmn.Industri Puchong,Selangor

Kuliah Maghrib /

4 Feb

Isnin

Maghrib / Masjid Jumhuiyah, Kg.Dato Harun,PJ

Kuliah Maghrib /

5 Feb

Selasa

Maghrib / Madrasah An-Nur,Lembah Pantai,KL

Kuliah Maghrib /

8 Feb

Rabu

Maghrib / Karyawan PJ,Selangor

Kuliah Maghrib /

Maklumat lanjut & sebarang cadangan / jemputan, sila hubungi :
Sdr Azman 019-645 1853 / 012-3356 397,

email: azmanabdillah@yahoo.com

Sabtu, 26 Januari 2008




Ceramah Isu-isu Semasa :
Di bawa khas dari Sabah

Perbincangan isu-isu semasa dan tajuk-tajuk ilmiah tertentu. Membuka skop perhatian masyarakat kepada saudara seagama yang terpinggir dari segala sudut kehidupan mereka. Tenaga anda diperlukan dalam usaha memartabatkan Islam. Bukan sekadar mendengar, malah keperihatinan anda untuk menghulur bantuan amat diperlukan....

Ini yang telah kami lakukan!!! Kini giliran anda pula untuk membantu kami, membantu mereka yang memerlukan....

Undangan dari seluruh Semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak di terima...


Berminat ???

Maklumat lanjut & sebarang cadangan / jemputan, sila hubungi :
Sdr Azman 019-645 1853 / 012-3356 397,email: azmanabdillah@yahoo.com

Latihan Dakwah dalam isu-isu Sosial (LANDAS)

Tarikh : 7-9 Februari 2008

Berminat ??? Hubungi Amir Fitri 0137069509 dan Azrol 0135045 065

Dekati secara langsung di lapangan kelompok2 bermasalah seperti 1) penagih gam 2) dadah 3) arak 4) remaja liar & budaya baru 5) seks bebas 6) pelacuran 7) mat rempit 8) mat nyah

Anjuran : PUM PP & RAUDHAH

Selasa, 15 Januari 2008

TENTATIF PROGRAM DAKWAH
(SELANGOR & KUALA LUMPUR)
Januari 2008

TARIKH

TEMPAT

TAJUK

DISAMPAIKAN OLEH

11 Jan Jumaat

Maghrib/ Masjid Putra Perdana,Puchong

Kuliah Maghrib / Bangsa Islam yg telah hilang.

Ust.Abd Halim Abbas

12 Jan Sabtu

Maghrib / Surau An-Nur Puchong Intan

Kuliah Maghrib

Ust.Abd Halim Abbas

13 Jan

Ahad

Maghrib / Masjid Nurul Ehsan, Kg.Medan

Kuliah Maghrib /

Ust.Abd Halim Abbas

14 Jan

Isnin

Maghrib / Surau Tmn.Bukit Saga,

Shah Alam.

Kuliah Maghrib / Kembalilah kepada hukum Allah.

Ust.Abd Halim Abbas

15 Jan

Selasa

Maghrib / Dewan Experimental UIA.

Forum / Umat yang terbiar,”menyelesuri umat Islam di Sabah.”

Ust Abd Halim,Sdr. Nicholas Sylvester & Sheikh Ghulam Hussien Al-Hafiz

16 Jan

Rabu

Maghrib / Masjid Al-Husna, Sunway Pyramid.

Kuliah Maghrib / Antara realiti & harapan Islam di Sabah.

Sdr.Nazri Abdullah & Sheikh GhulamHussien Al-Hafiz

18 Jan

Khamis

Maghrib / Surau Polis,Jln Pudu,KL

Kuliah Maghrib / Tingkatan Nafsu & Iman

Ust.Abd Halim Abbas & Sheikh GhulamHussien

19 Jan

Jumaat

Maghrib/Surau Al-Hidayah,Tmn Puchong

Kuliah Maghrib / Tingkatan Nafsu & Iman

Ust.Abd Halim Abbas & Sheikh GhulamHussien


Maklumat lanjut & sebarang cadangan / jemputan.

sila hubungi :
Sdr Azman 019-645 1853 / 012-3356 397,email: azmanabdillah@yahoo.com

Kehadiran Muslimin & Muslimat di alu-alukan...


Ahad, 13 Januari 2008


Program tazkirah yang telah disusun sentiasa berlangsung di tempat-tempat yang ditetapkan. Pada 11 Januari 2008 bersempena 1 Muharram 1429 H, Masjid Bandar Putra Perdana telah menganjurkan Majlis Ceramah sempena Maal Hijrah dengan menghadirkan Penceramah Undangan, Ustaz Abdul Halim Abbas daripada Al-Kahfi Group, Sabah untuk memberikan Ceramah yang bertajuk Hukum Allah yang terpinggir & Sejarah bangsa-bangsa Islam yang telah hilang, amat mendapat respons yang baik dikalangan jemaah yang hadir.

Selain itu, majlis turut juga diisi dengan slideshow perjalanan dakwah di Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Saudara Nazri Abdullah,selaku muaalaf Sabah yang bergerak aktif di Sabah khususnya, juga disamping itu ia turut diserikan lagi dengan persembahan khas daripada Sdr Nazrey Johani (Raihan) dan juga lintas langsung ujian hafazan kepada seorang Hafiz berbangsa Sulu. Berusia 15 tahun, beliau yang asalnya hanya budak jalanan di Kota Kinabalu, Sabah, yang tidak tahu membaca dan menulis telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran hanya dalam tempoh 2 tahun 2 bulan.

Bacaan Adik Mohd Ghulam Hassan ini telah menambahkan lagi keinsafan dikalangan hadirin, insyaAllah. Semoga kita semua beroleh manfaat darinya....

Khamis, 3 Januari 2008

Perjalanan dakwah di Sabah yang bermula awal 2003 masih berjalan dan perlu diteruskan. Walaupun jalan yang ditempuh untuk menyampaikan mesej Islam sangat sukar, usaha ini mesti dilakukan demi menyelamatkan generasi hari ini dan akan datang.
Keprihatinan anda dalam menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit amat di alu-alukan. Mari bersama kita lakukannya dengan mendekati mereka yang tertindas, terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan dan sebagainya. Kehidupan bersyariat mesti kita sampaikan kepada mereka yang jauh di pedalaman dan yang tidak mengetahui.....
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dariNya...amiin....

permata timur

salam perjuangan
untuk kalian
tinta ini hadir
mungkin pada saat yang tidak bertepatan
tapi, tinta ini membawa khabaran
buat kita yang berusaha
berada terus di landasan

saat kita melihat keindahan
saat kita merenung hebatnya ciptaan
saat kita berusaha memulih keadaan
namun, kadang kita terlepas pandang
di sana terdapat kewajipan yang belum di tunaikan

di sana serba kedhaifan
dalam kepayahan
mereka menggali, mencari
nur keTUHANan, mengharap ihsan
dalam mecari ketenangan

teman, di sini medan kita
di sana juga medan kita
apakah kita lupa?agamaNya untuk kita semua
tapi di mana kita?
saat saudara seAGAMA
memanggil-manggil, mengharap bantuan kita
dalam usaha mencari agama
walau hanya secebis doa.....

sampaikan tangan kita ke sana
jangan biar mereka gundah gelana
mana tahu? di timur sana
ada permata Agama......???

Bantuan anda di alu-alukan....

'Sampaikan daripadaku walau 1 ayat....' - MARI KITA MEMBANTU.....