
Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran As Syatibiyah
Ust Mohd Hanzalah Al-Hafiz
(Sarjana Tahfiz Wal Qiraat, Univ. Al Azhar, Mesir)
Penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah,adalah bertepatan dengan kehendak masyarakat islam masa kini yang memerlukan satu generasi al-quran wal Sunnah yang benar-benar faham tentang dua pusaka warisan agung yang Rasulullah s.a..w tinggalkan untuk umatnya agar beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
تركت فيكم ما ان تمسكتم بهما
لن تضلوا من بعد ى أبد ا ،
كتاب الله وسنتى ،
(Riwayat Muslim)
Ertinya: “Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah (al-quran ) dan sunnahku ( hadis-hadis baginda )”
Antara matlamat dan objektif penubuhan Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini ialah:-
>>> Melahirkan generasi al-Quran yang cintakan kalam Ilahi, menghafaznya,memahaminya, mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
>>> Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah-sunnah nabi dan beramal dengannya.
>>> Melahirkan satu keluarga muslim yang sebenar yang mana anak-anak kasih dan hormat kepada kedua ibu-bapa.
>>>Melahirkan satu generasi islam yang berilmu ,beriman,beramal,bertakwa,berpenghayatan dan berjiwa dua’at (penyebar).
>>> Melahirkan kader-kader dua’at yang terlatih dan terdidik.
>>> Melahirkan insan yang kamil lagi mutakammil di bawah naungan al-Quran al sunnah.
PROGRAM LAIN DI BAWAH KELOLAAN PUSAT TAHFIZ INI :
1. Kelas tahfiz Al-Quran
2. Kelas Kemahiran membaca Al-Quran dengan bertajwid.
3. Kelas bimbingan fardu ain.
4. Motivasi penghafazan Al-Quran untuk pelajar tahfiz.
5. Penghafazan hadis-hadis Fadhilat amal dan Masa’il.
SISTEM PENGAJIAN
1. Sistem talaqi
2. Sistem musafahah
3. Bersanad
4. Tahsin
5. Dauron kitab-kitab hadis.
PENUTUP
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Syatibiyah berhasrat ingin mengajak masyarakat islam khususnya di Sabah bersama
1) Sdr Azman Abdullah : 012-3356397
2) Pn Rosnani bt Untol @ Monica : 019-8126615
Tiada ulasan:
Catat Ulasan