



- kursus ini anjuran pibg SK. Paris, Kinabatangan. Sandakan
- segala kos kursus ditanggung oleh penganjur
- kos pendakwah adalah atas tanggungan sendiri (tiket kapalterbang, kenderaan dan tempat tinggal).
- makan minum pendakwah disediakan.
(4). 1/jun - 7/jun 2008 (7 HARI)
PROGRAM LATIHAN KADER DAKWAH MAHASISWA/I PUSAT PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KHUSUSNYA BERASAL DARI SABAH.
Program ini melibatkan 3 elemen utama iaitu pendakwah sebagai pelatih/mentor, peserta sebagai pendakwah dan masyarakat sebagai gelanggang dakwah.
Pengenalan:
- Sabah memerlukan lebih ramai pendakwah yang berilmu dan berpegalaman. Oleh itu usaha memberi kesedaran kepada generasi muda ini perlu segera dilakukan agar mereka tersedia dengan sedar dan penuh tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai daie dimana pun mereka berada, jawatan apapun yang mereka sandang dimasa hadapan yang akan mereka tempuhi dalam setahun dua lagi setelah menamatkan zaman sebagai “pelajar” dan tugas DAIE adalah tugas setiap individu selagi mereka hayat dikandung badan.
Matlamat :
- Melahirkan DAIE teknokrat yang berwawasan dan penuh keinsafan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.
Objektif :
- Meningkatkan kefahaman terhadap ilmu islam
- Meningkatkan keazaman dan kesdaran untuk membaiki diri, keluarga dan masyarakat.
- Dapat menterjemahkan ilmu akademi mahupun agama yang dipelajari selama ini dalam konteks kehidupan islam yang sebenarnya seperti yang dituntut oleh allah swt dan Rasulullah saw.
- Merapatkan mahasiswa/I dengan masyarakat yang akan mereka pertanggungjawabkan dimasa hadapan
- Menambah pengalaman hidup dengan terjun secara langsung dalam lapangan masyarakat sebenar.
KOS :
- Segala kos diri ditanggung oleh pendakwah sendiri.
- Segala kos kursus adalah inisiatif pendakwah untuk menguruskannya.
- Tambang pengangkutan peserta kursus ditanggung oleh peserta bagaimanapun untuk menggalakkan peserta dapat mengikuti program ini tanpa alasan kewangan maka penganjur bertanggungjawab meringankan bebanan kerana mereka masih bergantung dengan ibubapa atau ptptn mereka.
(5) 10/jun – 20/jun 2008
Operasi dakwah di pantai Timur Sabah (Kinabatangan, Kuamut, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau)
- Menerobos tempat-tempat terpencil dari lapangan dakwah.
- Membuka jaringan-jaringan dakwah yang baru.
- Menguatkan hubungan kerjasama dengan masyarakat setempat agar mereka mempunyai alternatif untuk menambah khazanah ilmu dan membenteras kejahilan umat.
- Program dakwah ini juga akan menelusuri penduduk yang 100% islam di pulau-pulau kawasan pantai timur
- Jadual terperinci akan dilampirkan.
- Pendakwah 4 orang sahaja
KOS dan Kemudahan:
- Segala kos adalah tanggungjawab pendakwah
- Kenderaan MYVI hanya ada sebuah.
(6) 22/jun – 23/jun 2008
Kursus khas untuk pendakwah suluk (ustaz, guru dan perancang dakwah)
- Peserta 10 orang sahaja
- Tempat kg. lukub, Sepanggar
- Peserta tersedia
(7) 25/jun – 1julai
Program latihan kader dakwah mahasiswa/I pusat pengajian Tinggi (PROLAKAD)
Sama seperti program keempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan