Sabtu, 26 Januari 2008




Ceramah Isu-isu Semasa :
Di bawa khas dari Sabah

Perbincangan isu-isu semasa dan tajuk-tajuk ilmiah tertentu. Membuka skop perhatian masyarakat kepada saudara seagama yang terpinggir dari segala sudut kehidupan mereka. Tenaga anda diperlukan dalam usaha memartabatkan Islam. Bukan sekadar mendengar, malah keperihatinan anda untuk menghulur bantuan amat diperlukan....

Ini yang telah kami lakukan!!! Kini giliran anda pula untuk membantu kami, membantu mereka yang memerlukan....

Undangan dari seluruh Semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak di terima...


Berminat ???

Maklumat lanjut & sebarang cadangan / jemputan, sila hubungi :
Sdr Azman 019-645 1853 / 012-3356 397,email: azmanabdillah@yahoo.com

Latihan Dakwah dalam isu-isu Sosial (LANDAS)

Tarikh : 7-9 Februari 2008

Berminat ??? Hubungi Amir Fitri 0137069509 dan Azrol 0135045 065

Dekati secara langsung di lapangan kelompok2 bermasalah seperti 1) penagih gam 2) dadah 3) arak 4) remaja liar & budaya baru 5) seks bebas 6) pelacuran 7) mat rempit 8) mat nyah

Anjuran : PUM PP & RAUDHAH

Selasa, 15 Januari 2008

TENTATIF PROGRAM DAKWAH
(SELANGOR & KUALA LUMPUR)
Januari 2008

TARIKH

TEMPAT

TAJUK

DISAMPAIKAN OLEH

11 Jan Jumaat

Maghrib/ Masjid Putra Perdana,Puchong

Kuliah Maghrib / Bangsa Islam yg telah hilang.

Ust.Abd Halim Abbas

12 Jan Sabtu

Maghrib / Surau An-Nur Puchong Intan

Kuliah Maghrib

Ust.Abd Halim Abbas

13 Jan

Ahad

Maghrib / Masjid Nurul Ehsan, Kg.Medan

Kuliah Maghrib /

Ust.Abd Halim Abbas

14 Jan

Isnin

Maghrib / Surau Tmn.Bukit Saga,

Shah Alam.

Kuliah Maghrib / Kembalilah kepada hukum Allah.

Ust.Abd Halim Abbas

15 Jan

Selasa

Maghrib / Dewan Experimental UIA.

Forum / Umat yang terbiar,”menyelesuri umat Islam di Sabah.”

Ust Abd Halim,Sdr. Nicholas Sylvester & Sheikh Ghulam Hussien Al-Hafiz

16 Jan

Rabu

Maghrib / Masjid Al-Husna, Sunway Pyramid.

Kuliah Maghrib / Antara realiti & harapan Islam di Sabah.

Sdr.Nazri Abdullah & Sheikh GhulamHussien Al-Hafiz

18 Jan

Khamis

Maghrib / Surau Polis,Jln Pudu,KL

Kuliah Maghrib / Tingkatan Nafsu & Iman

Ust.Abd Halim Abbas & Sheikh GhulamHussien

19 Jan

Jumaat

Maghrib/Surau Al-Hidayah,Tmn Puchong

Kuliah Maghrib / Tingkatan Nafsu & Iman

Ust.Abd Halim Abbas & Sheikh GhulamHussien


Maklumat lanjut & sebarang cadangan / jemputan.

sila hubungi :
Sdr Azman 019-645 1853 / 012-3356 397,email: azmanabdillah@yahoo.com

Kehadiran Muslimin & Muslimat di alu-alukan...


Ahad, 13 Januari 2008


Program tazkirah yang telah disusun sentiasa berlangsung di tempat-tempat yang ditetapkan. Pada 11 Januari 2008 bersempena 1 Muharram 1429 H, Masjid Bandar Putra Perdana telah menganjurkan Majlis Ceramah sempena Maal Hijrah dengan menghadirkan Penceramah Undangan, Ustaz Abdul Halim Abbas daripada Al-Kahfi Group, Sabah untuk memberikan Ceramah yang bertajuk Hukum Allah yang terpinggir & Sejarah bangsa-bangsa Islam yang telah hilang, amat mendapat respons yang baik dikalangan jemaah yang hadir.

Selain itu, majlis turut juga diisi dengan slideshow perjalanan dakwah di Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Saudara Nazri Abdullah,selaku muaalaf Sabah yang bergerak aktif di Sabah khususnya, juga disamping itu ia turut diserikan lagi dengan persembahan khas daripada Sdr Nazrey Johani (Raihan) dan juga lintas langsung ujian hafazan kepada seorang Hafiz berbangsa Sulu. Berusia 15 tahun, beliau yang asalnya hanya budak jalanan di Kota Kinabalu, Sabah, yang tidak tahu membaca dan menulis telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran hanya dalam tempoh 2 tahun 2 bulan.

Bacaan Adik Mohd Ghulam Hassan ini telah menambahkan lagi keinsafan dikalangan hadirin, insyaAllah. Semoga kita semua beroleh manfaat darinya....

Khamis, 3 Januari 2008

Perjalanan dakwah di Sabah yang bermula awal 2003 masih berjalan dan perlu diteruskan. Walaupun jalan yang ditempuh untuk menyampaikan mesej Islam sangat sukar, usaha ini mesti dilakukan demi menyelamatkan generasi hari ini dan akan datang.
Keprihatinan anda dalam menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit amat di alu-alukan. Mari bersama kita lakukannya dengan mendekati mereka yang tertindas, terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan dan sebagainya. Kehidupan bersyariat mesti kita sampaikan kepada mereka yang jauh di pedalaman dan yang tidak mengetahui.....
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dariNya...amiin....

Ahad, 30 Disember 2007

Salam Ukhuwah Fillah....

"Sesungguhnya, dari banyak manusia yang ada di dunia,hanya sedikit saja dari mereka yang sedar. dan dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berIslam. dan dari sedikit yang berIslam itu, jauh lebih sedikit lagi yang berdakwah. dan dari jumlah sedikit yang berdakwah, maka angkanya jauh lebih sedikit lagi mereka yang berjuang. dan dari sedikit yang berjuang itu, hanya sedikit saja yang sabar. dan dari sedikit manusia yang sabar, lebih sedikit lagi mereka yang terhitung sampai di akhir perjalanan."

permata timur

salam perjuangan
untuk kalian
tinta ini hadir
mungkin pada saat yang tidak bertepatan
tapi, tinta ini membawa khabaran
buat kita yang berusaha
berada terus di landasan

saat kita melihat keindahan
saat kita merenung hebatnya ciptaan
saat kita berusaha memulih keadaan
namun, kadang kita terlepas pandang
di sana terdapat kewajipan yang belum di tunaikan

di sana serba kedhaifan
dalam kepayahan
mereka menggali, mencari
nur keTUHANan, mengharap ihsan
dalam mecari ketenangan

teman, di sini medan kita
di sana juga medan kita
apakah kita lupa?agamaNya untuk kita semua
tapi di mana kita?
saat saudara seAGAMA
memanggil-manggil, mengharap bantuan kita
dalam usaha mencari agama
walau hanya secebis doa.....

sampaikan tangan kita ke sana
jangan biar mereka gundah gelana
mana tahu? di timur sana
ada permata Agama......???

Bantuan anda di alu-alukan....

'Sampaikan daripadaku walau 1 ayat....' - MARI KITA MEMBANTU.....