Ahad, 13 Januari 2008


Program tazkirah yang telah disusun sentiasa berlangsung di tempat-tempat yang ditetapkan. Pada 11 Januari 2008 bersempena 1 Muharram 1429 H, Masjid Bandar Putra Perdana telah menganjurkan Majlis Ceramah sempena Maal Hijrah dengan menghadirkan Penceramah Undangan, Ustaz Abdul Halim Abbas daripada Al-Kahfi Group, Sabah untuk memberikan Ceramah yang bertajuk Hukum Allah yang terpinggir & Sejarah bangsa-bangsa Islam yang telah hilang, amat mendapat respons yang baik dikalangan jemaah yang hadir.

Selain itu, majlis turut juga diisi dengan slideshow perjalanan dakwah di Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Saudara Nazri Abdullah,selaku muaalaf Sabah yang bergerak aktif di Sabah khususnya, juga disamping itu ia turut diserikan lagi dengan persembahan khas daripada Sdr Nazrey Johani (Raihan) dan juga lintas langsung ujian hafazan kepada seorang Hafiz berbangsa Sulu. Berusia 15 tahun, beliau yang asalnya hanya budak jalanan di Kota Kinabalu, Sabah, yang tidak tahu membaca dan menulis telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran hanya dalam tempoh 2 tahun 2 bulan.

Bacaan Adik Mohd Ghulam Hassan ini telah menambahkan lagi keinsafan dikalangan hadirin, insyaAllah. Semoga kita semua beroleh manfaat darinya....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BANGSA YG LENYAP SMPI TDK TERCATAT DLM SEJARAH AMAY MENGERIKAN. INI BERLAKU BILA SUATU BANGSA ITU LUPA JATI DIRI, LUPA ADAT BUDAYA, LUPA DIRI DAN TIADA PEMBELA DIKALANGAN BANGSANYA SENDIRI. AKHIRNYA BANGSA YG LBH KUAT MERANAPKANNYA.

Tanpa Nama berkata...

BANGSA YG BOLEH MENGUASAI DUNIA SEPERTI BANGSA ISKANDAR ZULKARNAIN AKAN BAMGKIT MENAKLUKI DUNIA INI DENGAN IMAN DAN TAQWA ITULAH BANGSA YG AKAN MUNCUL DARI KHURASAN???

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL PUN. ORG YG TAK KENAL BANGSANYA SENDIRI ADALAH PENJENAYAH KERANA BOLEH JADI IA AKAN MEROSAKKAN BANGSANYA.

permata timur

salam perjuangan
untuk kalian
tinta ini hadir
mungkin pada saat yang tidak bertepatan
tapi, tinta ini membawa khabaran
buat kita yang berusaha
berada terus di landasan

saat kita melihat keindahan
saat kita merenung hebatnya ciptaan
saat kita berusaha memulih keadaan
namun, kadang kita terlepas pandang
di sana terdapat kewajipan yang belum di tunaikan

di sana serba kedhaifan
dalam kepayahan
mereka menggali, mencari
nur keTUHANan, mengharap ihsan
dalam mecari ketenangan

teman, di sini medan kita
di sana juga medan kita
apakah kita lupa?agamaNya untuk kita semua
tapi di mana kita?
saat saudara seAGAMA
memanggil-manggil, mengharap bantuan kita
dalam usaha mencari agama
walau hanya secebis doa.....

sampaikan tangan kita ke sana
jangan biar mereka gundah gelana
mana tahu? di timur sana
ada permata Agama......???

Bantuan anda di alu-alukan....

'Sampaikan daripadaku walau 1 ayat....' - MARI KITA MEMBANTU.....